Monday, 3 December 2018

Jualan Bongkah Kini Dibuka!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Suria Mushroom ingin mengadakan Jualan Akhir Tahun sempena tahun 2018 yang akan bertemu penghujungnya. Maka dengan ini jualan bongkah dibuka untuk semua yang berminat. Tapi kami nak umum awal-awal bahawa jumlah bongkah terhad. Oleh kerana permintaan yang tinggi, kami akan utamakan mereka yang betul-betul serius dan bersedia untuk mengemukakan wang pendahuluan pada kadar segera.

Bongkah yang dibuka untuk jualan adalah:
1. Bongkah cendawan tiram kelabu matang (mycelium penuh)
    Masa untuk keluar hasil: sebaik bongkah dibuka.
2. Bongkah cendawan tiram kelabu separuh matang (mycelium sudah bergerak separuh bongkah)
    Masa untuk keluar hasil: 2 minggu dari masa bongkah dibeli.

Gambar 1: Bongkah separuh matang

Gambar 2: Bongkah matang yang mengeluarkan hasil

Gambar 3: Bongkah matang yang mengeluarkan hasil



Untuk sesiapa yang berminat boleh hubungi kami di talian:
012-7856020 (Ezyan)
012-5023535 (Geo)

Monday, 27 August 2018

Bongkah Cendawan untuk Dijual

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua!

Haaaa... ni nak cerita ni..
Buat mereka yang nak order bongkah cendawan banyak-banyak tapi takut nak order sebab tak muat kereta?? Jangan risau! Kami boleh hantar! =)

Pacuan 4 roda ada..lori pon ada..
Cuma sediakan duit minyak sahaja.
Okay??
Tunggu ape lagi? Meh selit order! =D

Gambar 1: cendawan dipetik segar setiap pagi

Gambar 2: bersama salah seorang pengusaha cendawan bimbingan kami, En. Chau

Gambar 3: Penghantaran menggunakan lori di sekitar Perak

Gambar 4: Kami susun cantik2 atas lori supaya bongkah tidak terhentak/terbantut pertumbuhan

Gambar 5: Penghantaran kepada pelanggan setia kami



Okay..Dah jamu mata tengok gambar kan? Kalau berminat dalam perusahaan cendawan boleh terus hubungi kami di facebook dan instagram: SURIA MUSHROOM untuk maklumat lanjut.
Kalau nak senang lagi boleh hubungi saya terus di talian 012-7856020. Kalau call tak angkat boleh whatsapp dulu sebab kadang-kadang tengah bawak kereta. =p Jangan lupa perkenalkan diri =)

Monday, 26 February 2018

Resepi Cendawan Goreng Rangup!

RESEPI CENDAWAN GORENG RANGUP oleh Suria Mushroom:


Assalamualaikum & Selamat Pagi semua!

Dah sarapan ke tu? Masih terfikir-fikir nak masak apa tengahari ni?
Ni..saya nak ajar satu resepi menggunakan cendawan yang mudah tapi sedap!
Seperti yang anda baca di atas, ya! Cendawan Goreng Rangup!

Gambar 1: Cendawan Goreng Rangup

Nampak sedap kan? Memang sedap! Tepungnya rangup macam ayam goreng KFC tuuuu..
Bila kita makan tepungnya rangup dan cair di dalam mulut manakala isi cendawannya pula berjus dan lembut dikunyah. Haish! sebut sahaja dah kecur air liur dan berkeroncong bunyi perut!
Okay, tunggu apa lagi?? Buku resepi dan pen semua dah sedia?
Meh salin resepi...


Bahan-bahan:
1. Cendawan segar 200gm
2. Tepung Goreng Kentucky
3. Telur 1 biji 


Cara Penyediaan:
1. Cendawan segar dibasuh bersih dan dituskan (jangan basuh cendawan terlalu lama kerana sifatnya mudah menyerap, cendawan akan menjadi lembik dan berair).
2. Pecahkan telur dan pukul sehingga kuning dan putih telur menjadi sekata.
3. Koyakkan cendawan kepada saiz lebih kecil mengikut saiz yang diingini.
4. Sediakan semangkuk tepung goreng kentucky.
5. Panaskan minyak secukupnya untuk penggorengan kaedah 'deep fry').
6. Celupkan cendawan ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Cendawan yang sudah dicelup ke dalam telur kemudian disalut dengan tepung goreng kentucky.
8. Masukkan cendawan yang sudah disalut dengan tepung ke dalam minyak yang sudah panas tadi.
9. Alih-alihkan cendawan di dalam kuali sehingga tepung bertukar keemasan.
10. Keluarkan cendawan dari kuali panas dan hidangkan.

Sedia untuk dimakan! 😍😍😍

Tips supaya cendawan goreng menjadi rangup:
💜Jangan campurkan telur dan tepung bersama sebelum dicelupkan dengan cendawan.
💜Pastikan minyak sudah betul-betul panas sebelum menggoreng.
💜Pastikan cendawan disaluti tepung sepenuhnya sebelum digoreng.
💜Gunakan tepung goreng kentucky untuk penggorengan. 


Disediakan oleh: Ezyan Murni Abd Rashid

Wednesday, 9 August 2017

Bongkah Cendawan Tiram Kelabu

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua!

Ada yang masih tercari-cari pembekal bongkah cendawan tiram kelabu yang terbaik?
KAMILAH yang anda cari!



Suria Mushroom menyediakan khidmat pembungkusan, penghantaran dan juga khidmat nasihat selepas pembelian kepada pengusaha dan mereka yang baru mula menjalankan perusahaan cendawan tiram kelabu.






Boleh hubungi kami di :

facebook & instagram  :@suriamushroom
EZYAN                         : 012-7856020
GEO                               : 0133707168 

Monday, 20 March 2017

Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim..

Suria Mushroom merupakan salah sebuah ladang perusahaan cendawan di Perak, Entiti pertanian ini terletak di Kg Changkat Larang, Ipoh iaitu berhampiran dengan gedung membeli-belah terkemuka Aeon di Station 18 dan juga tapak warisan dunia iaitu Kellies’ Castle di Batu Gajah. Sebagai sebuah ladang cendawan yang masih baru, Suria Mushroom komited dalam menambah baik sistem perladangan dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi perusahaan cendawan dari masa ke masa. Suria Mushroom telah berjaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar di samping mendidik penduduk sekitar dengan teknologi terkini penanaman cendawan. Oleh yang demikian, blog ini direka untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kami. Semoga bermanfaat untuk semua. :)


Disediakan oleh:
Ezyan Murni Abd Rashid

Jualan Bongkah Kini Dibuka!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Suria Mushroom ingin mengadakan Jualan Akhir Tahun sempena tahun 2018 yang akan bertemu peng...