Bismillahirrahmanirrahim..
Suria Mushroom merupakan salah sebuah ladang perusahaan cendawan di Perak, Entiti pertanian ini terletak di Kg Changkat Larang, Ipoh iaitu berhampiran dengan gedung membeli-belah terkemuka Aeon di Station 18 dan juga tapak warisan dunia iaitu Kellies’ Castle di Batu Gajah. Sebagai sebuah ladang cendawan yang masih baru, Suria Mushroom komited dalam menambah baik sistem perladangan dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi perusahaan cendawan dari masa ke masa. Suria Mushroom telah berjaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar di samping mendidik penduduk sekitar dengan teknologi terkini penanaman cendawan. Oleh yang demikian, blog ini direka untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kami. Semoga bermanfaat untuk semua. :)
Ezyan Murni Abd Rashid